10 PRODUK INOVATIF
1. Car Infrared Camera
Alat ini diilhamkan melalui pemerhatian dan
keperihatinan terhadap kes kemalangan yang berlaku akibat pemandu yang kurang
cekap semasa pemanduan dalam keadaan kabus, hujan atau di waktu malam.
Oleh itu,
dengan memasang kamera infrared pada kenderaan, keselesaan pemandu di waktu
malam atau kabus tebal dapat diatasi. Dengan alat ini, kecekapan memandu dalam
keadaan berkabus dan hujan di waktu malam dipertingkatkan. Dengan ini, risiko
kemalangan dapat dikurangkan kerana tahap penglihatan pemandu menjadi lebih
jelas berbanding penggunaan sport light dan mengurangkan gangguan dan
menjadikan pemanduan lebih selamat.
2. Bijak Sifir
Kaedah teknik menguasai asas sifir didalam program
Bijak Sifir Alif telah sedikit sebanyak membantu pelajar muda supaya berminat
dalam subjek Matematik dan Sains.
Bijak Sifir disusun dengan modul yang mudah
merangkumi teknik menguasai sifir melalui poladan nyanyian serta penyelesaian
operasi mendarab dan bahagi teknik “bina dan capai”
3. Bio Smock Filter
Bio Smock Filter adalah alat yang digunakan untuk
menapis asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang industri atau
aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan asap. Sistem penapisan alat ini adalah
menggunakan prinsip tindak balas kimia di antara wap asap dan wap air. Wap asap
yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu oleh beberapa
sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan bau
asap.
Alat ini
yang dihasilkan ini mampu mengatasi masalah pencemaran asap hasil yang terhasil
daripada aktiviti-aktiviti perindustrian serta pusat pelupusan sampah yang
mengamalkan pembakaran terbuka. Penapisan ini bukan sahaja dapat menapis
gas-gas merbahaya malah ia dapat menapis partikel-partikel halus yang terdiri
daripada habuk-habuk yang mengotorkan persekitaran. Oleh itu, produk ini
berpotensi untuk dipasarkan ke sektor perindustrian, agensi pelupusan sampah
atau mana-mana tempat yang mengeluarkan asap yang banyak.
4. Biological Mosquito
Control (BiMoC)
Biological Mosquito Control (BiMoC) ini berfungsi
untuk mengawal dan menghapuskan pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan
jentik-jentik terutamanya nyamuk aedes di dalam rumah dan persekitaran komuniti
dan agensi-agensi kerajaan atau swasta.
5. Bi-ethanol Feul from ubikayu
(Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu)
Dihasilkan daripada kanji yang diekstrak daripada
ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa
tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis
Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan
melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioethanol yang
dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai
Sebagai
kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang
boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara
Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian ataupun penambahan
kepada, bahan bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan
pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum.
Walaupun
Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar
alternatif, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang
dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum
dunia. Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Canada dan sebagainya
telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta
mereka.
6. Automatic Circuit Breaker (ACB)
For Low Voltage Substation Distribution System
Automatic Circuit Breaker (ACB) berpotensi
memperbaiki pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius penyalur
dalam sub-stesen pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk mengesan
arus elektrik yang melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik akan
memutuskan talian elektrik tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan fius
akan disambung semula secara automatik. Sekiranya tiada masalah timbul, arus
elektrik akan mengalir secara biasa. Akan tetapi jikalau masalah lebihan arus
elektrik masih kekal sambungan akan diputuskan semula oleh ACB.
Penggunaan
ACB ini merupakan ciri keselamatan yang mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas
dan memastikan barangan elektrik kita tidak rosak akibat daripada
penyaluran voltan yang terlampau tinggi.
7. Automatic Retractable Cloth
Drying Stand (Arcs)
Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan
pakaian yang telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk
berlipat dan melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang
ada pada peralatan ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke
dalam secara automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir
penggelek (roller curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara
automatik untuk menutup bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang
digantung daripada hujan.
8. Asemo Green Wash
Produk “Mobile Waterless Car Wash”
adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah
100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum.
Produk yang diberi jenama “Asemo Green Wash”
akan dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan melalui Syarikat
Asemo G-Wash Enterprise.
Produk ini mampu menyediakan perkhidmatan yang
maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk
mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan
adalah mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam
kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”. Penggunaan water jet
yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta.
Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber” pada badan kereta, rim dan tayar
kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .
9. Adjustable Wheel Chair
Rekaan Adjustable Wheel Chair adalah untuk
memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai
ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu
bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi
roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg.
Kerusi
roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar
dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.
Kebaikan
inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti
harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk
pesakit yang kurang upaya dan warga tua.
10. Automatic Chicken Coop
Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban
ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal
dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara
automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi
makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan
menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.
Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka
yang terlibat dengan penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini
kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil
(untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk menempatkan
ternakan).