Sunday, 28 December 2014

Tugasan Berkumpulan - Profil Syarikat

PROFIL SYARIKAT

(NeuTECH Solutions Sdn Bhd)
(357-02005539)









KANDUNGAN                                                       


Pengenalan                                                                                       
Objektif                                                                                            
Misi                                                                                                 
Visi                                                                                                    
Profil Syarikat                                                                                   
Ahli Lembaga Penasihat                                                                              
Ahli Lembaga Pengarah                                                                            
Kakitangan Syarikat                                                                         
Carta Organisasi Syarikat                                                                
Kelayakan dan Pengalaman                                                              
Kepakaran dan Perkhidmatan                                                          




 

PENGENALAN

NeuTECH Solutions Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat Bumiputera Melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965. Ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 2012 dengan modal berbayar dan mempunyai seramai 120 tenaga mahir Bumiputera. Kami mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi pembekal kompetitif setanding dengan bukan Bumiputera yang menguasai bidang ini.

NeuTECH Solutions Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi yang pada amnya terlibat secara terus dalam bidang teknologi serta rangkaian dengan produk-produk yang berasakan teknologi serta rangkaian seperti peralatan pengawasan keselamatan, penggera, automasi, pengurusan keselamatan rangkaian, integrasi data dan sistem rangkaian serta lain-lain produk pintar.

NeuTECH Solutions Sdn. Bhd. mempunyai rancangan perniagaan yang dirancang dengan teliti dalam usaha untuk menjadi sebuah entiti yang maju, berdaya saing dan dikenali.


OBJEKTIF

·  NeuTECH Solutions Sdn. Bhd sebagai pembekal peralatan dan perkhidmatan berasaskan teknologi dan rangkaian kepada badan-badan kerajaan, sektor swasta serta setiap golongan pelanggan.

·   NeuTECH Solutions Sdn. Bhd menitikberatkan aspek kebolehgunaan, kualiti dan keselamatan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

·    NeuTECH Solutions Sdn. Bhd mengutamakan permintaan pelanggan serta berusaha membantu pelanggan sebaiknya.

·      NeuTECH Solutions Sdn. Bhd menjadi pemangkin meningkatkan penyertaan syarikat milik Bumiputra agar lebih kompetitif dan berdaya saing dalam bidang teknologi serta rangkaian.

·    NeuTECH Solutions Sdn. Bhd menyediakan suasana tempat kerja yang selesa serta kondusif kepada kakitangan syarikat.


  





MISI
Misi utama NeuTECH Solutions Sdn. Bhd. ialah untuk menjadi sebuah entiti syarikat Bumiputera yang berdaya saing berasakan perkembangan teknologi masa kini selaras dengan matlamat Kerajaan sejajar dengan seruan kerajaan untuk melihat masyarakat memanfaatkan serta mengaplikasikan teknologi.

VISI
Visi utama NeuTECH Solutions Sdn. Bhd. adalah untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan. Selain itu juga, syarikat berusaha memantapkan lagi reputasi dan pencapaian dalam memberikan perkhidmatan dan pembekalan kepada pelanggan yang lebih efisyen dan berkualiti. Bagi memastikan visi ini tercapai, kami gigih menyediakan tenaga professional dan berkemahiran untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih produktif.
NeuTECH Solutions Sdn. Bhd. akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan lebih baik dan cekap di samping mampu memberikan keuntungan kepada syarikat serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.


4



PROFIL SYARIKAT

1.  Nama Syarikat                       : NeuTECH Solutions Sdn Bhd
2.  Alamat Syarikat                     : Level 12, Hampshire Place Office, 57
                                                       Hampshire, 1 Jalan Mayang Sari
             50450 Kuala Lumpur.
3.  No. Telefon Dan No. Fax       : +6032782 2570, +603 2781 2550
4.  Tarikh Penubuhan Syarikat  : 10 September 2012
5.  Jenis Perniagaan                    : Sendirian Berhad
6.  No. Pendaftaran
     Kementerian Kewangan        : 357-02005539

7.  Kod Bidang                             : 020101,020201,210101,210102,210103,
  210104,210105,210106,220209
8.  Panel Bank & No Akaun        : CIMB Bank
  Bandar Seri Petaling,28 Jln Radin Tengah,
  Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala
  Lumpur
  (1428-0002444-05-2)
9.  Kemudahan Kredit & Nilai    : Malayan Banking Berhad,
  Menara Maybank,100 Jln Tun Perak 50050,
  Kuala Lumpur.
  (RM 60,000,000.00)

10. Modal yang dibenarkan    : RM10,000,000.00
11. Modal Berbayar                 : RM10,000,000.00







AHLI LEMBAGA PENASIHAT
BIL
NAMA
WARGANEGARA
POSISI
1.
Y.Bhg. Datuk Emir Afnan Mirza
Malaysia
Pengerusi
2.
Y.Bhg. Dato’ Hj. Aisy Izzat Mirza
Malaysia
Pengarah
3.
En. Izz Zuhayr Zikri
Malaysia
Pengarah Urusan

AHLI LEMBAGA PENGARAH
BIL
NAMA
WARGANEGARA
POSISI
1.
Izz Zuhayr Zikri
Malaysia
Pengarah Urusan
2.
Shahrul Anwa Abd Wahab
Malaysia
CEO
3.
Nurul Farida Mohamad Nadzri
Malaysia
COO
4.
Nor Jannah Talib
Malaysia
CFO
5.
Nur Shaheera Nazeri
Malaysia
CMO
6.
Rostam Saari
Malaysia
CRO

KAKITANGAN SYARIKAT
BIL
POSISI
BUMIPUTERA
NON BUMIPUTERA
JUMLAH
1.
Pengurusan
6
-
6
2.
Eksekutif
10
-
10
3.
Teknikal
49
-
40
4.
Rangkaian
35
-
35
6.
Pembantu Tadbir
20
-
20
JUMLAH
120







CARTA ORGANISASI SYARIKAT




  



LATARBELAKANG DAN KELAYAKAN
Ketua Pegawai Eksekutif
Shahrul Anwa Abd Wahab menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Sains Komputer dalam jurusan Sains Komputer dari University of Maryland, Amerika Syarikat.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Komputer dengan Petronas Gas Sdn Bhd (2004), Petroliam Nasional Berhad sebagai Eksekutif Teknologi Maklumat (2007)
Kemudian menyertai MIMOS Smart Computing Sdn Bhd (2009) dan DELL (Malaysia) sebagai Pengarah Eksekutif (2011).

Ketua Pegawai Operasi
Nurul Farida Mohamad Nadzri menamatkan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan di University of Western Sydney, Australia pada peringkat Ijazah Sarjana.
Memulakan tugas sebagai Jurutera Komunikasi dengan DELL (Malaysia) (2005), Transcend Sdn Bhd sebagai Eksekutif Kejuruteraan (2009) dan menyertai Celcom Axiata Berhad (2011) sebagai Eksekutif Kanan.



Ketua Pengawai Kewangan
Nor Jannah Talib memulakan karier sebagai Pegawai Kewangan dengan Rashid Hussain Berhad (2003), seterusnya Pegawai Kewangan Kanan dengan Public Bank Berhad (2006) dan Eksekutif Kewangan dengan Malayan Banking Berhad (2011).
Beliau menamatkan pengajian dalam jurusan Perbankan di Singapore Management University, Singapura di peringkat Ijazah Sarjana.

Ketua Pengawai Pemasaran
Nur Shaheera Nazeri bertugas sebagai Pegawai Pemasaran dengan Maxis Communication Berhad (2002), Digi Communication Berhad (2004), Pegawai Pemasaran Kanan dengan Great Eastern Life (Malaysia) (2008) dan Eksekutif Pemasaran dengan Media Prima Berhad (2011).
Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana bidang Pemasaran dari di National University of Seoul, Korea Selatan di peringkat Ijazah Sarjana.





Ketua Pengawai Penyelidikan
Rostam Saari menamatkan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Rekabentuk di Tokyo University, Jepun pada peringkat Ijazah Sarjana.
Memulakan tugas sebagai Jurutera Rekabentuk dengan Omron Malaysia Sdn Bhd (2002), Panasonic AVC Networks Sdn Bhd (2009) dan menyertai Panasonic Avionic Malaysia Sdn Bhd (2011) sebagai Eksekutif Rekabentuk.


   


KEPAKARAN DAN PERKHIDMATAN
Pengawasan Keselamatan dan Teknologi Hijau
·        Pengesan pintar (kamera berbilang zon pengesanan)
·        Penggera (amaran bunyi/siren) dan notifikasi kawalan melalui Emel, SMS dan Penggera berpusat.
·        Penukar antaramuka pintar (untuk AC dan/atau peranti DC)
·        Automasi rumah/bangunan pintar

Penyelesaian Pengurusan Rangkaian

·        Kawalan rangkaian berpusat (perkongsian dan penghubungan)
·        Kawalan keselamatan pengurusan rangkaian
·        Integrasi data dan sistem rangkaian
·        Cloud Computing dan Sistem visualisasi

Penyelesaian Produk Pintar

·        Beach Baby Stroller
·        Smart Playground
·        Smart Parenting Simulator