Saturday 10 January 2015

Tugasan Berkumpulan - 10 Produk Inovatif

10 PRODUK INOVATIF

1. Car Infrared Camera
Alat ini diilhamkan melalui pemerhatian dan keperihatinan terhadap kes kemalangan yang berlaku akibat pemandu yang kurang cekap semasa pemanduan  dalam keadaan kabus, hujan atau di waktu malam.


Oleh itu, dengan memasang kamera infrared pada kenderaan, keselesaan pemandu di waktu malam atau kabus tebal dapat diatasi. Dengan alat ini, kecekapan memandu dalam keadaan berkabus dan hujan di waktu malam dipertingkatkan. Dengan ini, risiko kemalangan dapat dikurangkan kerana tahap penglihatan pemandu menjadi lebih jelas berbanding penggunaan sport light dan mengurangkan gangguan dan menjadikan pemanduan lebih selamat.
2. Bijak Sifir
Kaedah teknik menguasai asas sifir didalam program Bijak Sifir Alif telah sedikit sebanyak membantu pelajar muda supaya berminat dalam subjek Matematik dan Sains.


 Bijak Sifir disusun dengan modul yang mudah merangkumi teknik menguasai sifir melalui poladan nyanyian serta penyelesaian operasi mendarab dan bahagi teknik “bina dan capai

3. Bio Smock Filter
Bio Smock Filter adalah alat yang digunakan untuk menapis asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang industri atau aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan asap. Sistem penapisan alat ini adalah menggunakan prinsip tindak balas kimia di antara wap asap dan wap air. Wap asap yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu oleh beberapa sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan bau asap.


Alat ini yang dihasilkan ini mampu mengatasi masalah pencemaran asap hasil yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti perindustrian serta pusat pelupusan sampah yang mengamalkan pembakaran terbuka. Penapisan ini bukan sahaja dapat menapis gas-gas merbahaya malah ia dapat menapis partikel-partikel halus yang terdiri daripada habuk-habuk yang mengotorkan persekitaran. Oleh itu, produk ini berpotensi untuk dipasarkan ke sektor perindustrian, agensi pelupusan sampah atau mana-mana tempat yang mengeluarkan asap yang banyak.
4. Biological Mosquito Control (BiMoC)
Biological Mosquito Control (BiMoC) ini berfungsi untuk mengawal dan menghapuskan pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan jentik-jentik terutamanya nyamuk aedes di dalam rumah dan persekitaran komuniti dan agensi-agensi kerajaan atau swasta.



5. Bi-ethanol Feul from ubikayu (Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu)
Dihasilkan daripada kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai



Sebagai kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian  ataupun penambahan kepada, bahan bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum.
Walaupun Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar alternatif, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum dunia. Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Canada dan sebagainya telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta mereka.
6. Automatic Circuit Breaker (ACB) For Low Voltage Substation Distribution System
Automatic Circuit Breaker (ACB) berpotensi memperbaiki pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius penyalur dalam sub-stesen pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk mengesan arus elektrik yang melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik akan memutuskan talian elektrik tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan fius akan disambung semula secara automatik. Sekiranya tiada masalah timbul, arus elektrik akan mengalir secara biasa. Akan tetapi jikalau masalah lebihan arus elektrik masih kekal sambungan akan diputuskan semula oleh ACB.


Penggunaan ACB ini merupakan ciri keselamatan yang mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas dan memastikan barangan elektrik kita tidak  rosak akibat daripada penyaluran voltan yang terlampau tinggi.

7. Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs)
Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan pakaian yang telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk berlipat dan melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang ada pada peralatan ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke dalam secara automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir penggelek (roller curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik untuk menutup bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung daripada hujan.


 8. Asemo Green Wash
Produk “Mobile Waterless Car Wash” adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Produk yang diberi jenama “Asemo Green Wash” akan dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan melalui Syarikat Asemo G-Wash Enterprise.


Produk ini mampu menyediakan perkhidmatan yang maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta. Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber” pada badan kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .

9. Adjustable Wheel Chair
Rekaan Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg.

                                     
     Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar dan alas        kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.
Kebaikan inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan warga tua.
 10. Automatic Chicken Coop
Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.



     Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan belaan     di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai           untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk               menempatkan ternakan).

Tugasan Berkumpulan - 10 Produk Kreatif

10 Produk Kreatif








KERUSI LOUNGE BERTENAGA SOLAR

Diskripsi :

Penghasilan solar charging station yang turut berfungsi sebagai tempat rehat di kawasan awam




PENGECAS BATERI DENGAN PORT USB

Diskripsi :

Bateri boleh caj dengan port USB. Yang boleh gajet-gajet anda. Kecil, kompak dan mudah dibawa



PINTU MEJA PINGPONG

Deskripsi:

Bagi anda semua yang berfikir bahawa rumah anda adalah terlalu kecil atau terlalu sempit untuk bermain Ping Pong!!!











GUNTING PIZZA

Deskripsi:

Diberi nama ‘Scizza’. Lebih mudah untuk penggemar pizza menikmati kegemaran mereka.





BOOT KOMPAK

Deskripsi:

Boot yang direka bagi memudahkan penyimpanannya dan sangat berguna untuk aktiviti luar



TANDAS ECO FRIENDLY

Deskripsi:

Direka untuk penjimatan sumber air dan menyokong kitar semula penggunaan air
















CERMIN PANDANG BELAKANG TANPA BLIND SPOT

Deskripsi:

Cermin 16-inci ini boleh menghilangkan titik buta dengan 180° pandangan. Untuk rujukan cermin pandang belakang biasa hanya memberikan pandangan maksimum sebanyak 52°.



KLIP PEMEGANG CAWAN PADA MEJA PEJABAT

Deskripsi:

Meja anda untuk bing terlalu kecil untuk juga meletakkan cawan? Anda bosan dengan pengalaman menumpahkan minuman atas meja kerja seterusnya merosakkan dokumen kerja anda? Ini adalah penyelesaiannya




BASIKAL BOLEH LIPAT/SANDANG

Deskripsi:

Produk menarik yang pasti diminati oleh penggemar aktiviti luar

LOT PARKIR/PENGECAS SOLAR

Deskripsi:

Parkir kenderaan Hybrid anda untuk membeli belah, sambil mengecas semula kuasa kenderaan anda.

Tugasan Berkumpulan - 10 Produk R&D

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 2014 telah melancarkan Tahun Pengkomersialan MOSTI 2014 (MCY2014) dengan tema 'Sains, Teknologi dan Inovasi Menjana Kekayaan.' Sempena MCY2014, kami telah memilih 10 produk R&D berikut di antara puluhan produk lain yang menyertai MCY2014

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10