Mobile
Apps MyDoa
Masalah,
Keperluan dan Peluang
Pada masa kini dengan kepesatan
kemajuan dalam bidang Sains dan Teknologi, gajet-gajet yang pelbagai telah
digunakan dengan sangat meluas oleh semua golongan masyarakat, samada dewasa,
remaja mahupun kanak-kanak. Gajet-gajet ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja,
mempunyai pelbagai aplikasi yang menarik seperti permainan Elektronik, tontonan
video dan lain-lain. Menjadi kebiasaan, setiap penciptaan berasaskan Sains dan
Teknologi pasti akan mempunyai kebaikan dan kekurangan yang tertentu.
Kanak-kanak akan leka semasa
menggunakan gajet dan tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Mereka begitu
asyik menonton video melalui aplikasi Youtube, mencuba satu demi satu arked
permainan Elektronik yang kurang mendatangkan faedah kepada mereka. Alangkah
baiknya jika kanak-kanak menggunakan gajet ini bagi tujuan pembelajaran,
terutamanya berkaitan agama Islam. Pendedahan awal kanak-kanak kepada agama
adalah amat penting dalam melahirkan generasi yang berakhlak, beretika serta
mempunyai nilai-nilai positif sebagai seorang individu.
Menyedari fenomena penggunaan
gajet kepada kanak-kanak di Malaysia, kami mengambil pendekatan untuk memberi
kanak-kanak peluang memanfaatkan pengunaan gajet-gajet ini dengan menggalakkan
pembudayaan ilmu. Dengan mengaplikasikan teknologi yang bersesuaian, kami akan
memberi suatu pengalaman baru kepada kanak-kanak di samping menjadikan
pembelajaran adalah menarik, seronok dan tidak membosankan.
Penyelesaian
(Faedah dan Kelebihan)
Kami memperkenalkan MyDoa, aplikasi mobile doa harian dan bacaan
asas solat untuk kanak-kanak. MyDoa dilihat mempunyai potensi berdasarkan 3 faktor
yang berikut:
- . Fenomena penggunaan gajet yang meluas di kalangan kanak-kanak di Malaysia
- .Kesedaran ibubapa dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak,terutamanya pendidikan berkaitan agama Islam
- . Pengaplikasian teknologi yang memberikan kelainan serta keunikan.
Melalui
MyDoa, kanak-kanak akan mempunyai lebih banyak masa untuk mempelajari doa
harian dan bacaan asas solat. Pendidikan secara formal yang diterima di pusat
penjagaan kanak-kanak, pusat pembelajaran awal dan lain-lain adalah terhad dan
menggunakan kaedah hafalan semata-mata. Selain itu, kelebihan MyDoa ialah
kanak-kanak dapat melihat imej grafik secara 3D semasa pembelajaran. Ini
membantu kanak-kanak untuk mengingati dan lebih memahami pembelajaran sesuatu
doa harian dan bacaan semasa sesuatu pergerakan dalam solat.
Idea (Inovatif dan Kreatif)
Bagi
memastikan MyDoa interaktif, efisyen dan diminati oleh target market, ia perlu memberikan sesuatu yang baru dan menarik.
Untuk tujuan ini, teknologi Hologram digunakan bagi membolehkan imej 3D
dipancarkan dari skrin paparan gajet. Sebagai contoh, apabila pengguna memilih
untuk mempelajari bacaan dalam solat, imej karekter sedang bersolat akan
dipaparkan selain audio bacaan dimainkan. Kanak-kanak tidak sekadar menghafal
bacaan tersebut tetapi juga dapat melihat serta mengingati dengan jelas bila
bacaan tersebut dibaca.
Selain
itu, karekter khas untuk MyDoa diperkenalkan. Karekter Hadi, seorang
kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun manakala Huda ialah kanak-kanak perempuan
berumur 4 tahun. Hadi/Huda akan wujud dalam paparan doa harian dan bacaan asas
solat dalam MyDoa. Penciptaan karekter ini ialah strategi untuk menarik minat
kanak-kanak selain menjadi branding
kepada MyDoa
Potensi Pasaran dan Strategi
MyDoa
akan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan berdasarkan kandungan, kelebihan
serta keunikan yang dimiliki. MyDoa disasarkan kepada kanak-kanak beragama
Islam, berusia 2 hingga 7 tahun yang terdedah kepada penggunaan gajet-gajet
terkini. Kami yakin menerima sambutan yang baik dari ibubapa yang komited dalam
memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.
MyDoa
boleh dimuaturun (download) oleh pengguna Android melalui PlayStore manakala
pengguna IOS melalui App Store. Pengguna
diberi 7 hari tempoh percubaan untuk menggunakan aplikasi MyDoa secara percuma
(trial version) dan caj RM350 akan dikenakan sekiranya pengguna mahu membeli
langganan MyDoa bagi tempoh setahun.
Kaedah
pemasaran yang pada peringkat permulaan ialah dengan menggunakan laman sosial
seperti Facebook dan Instagram untuk tujuan pengiklanan dan promosi. Selain
dari tidak memerlukan kos, laman sosial adalah medium yang berkesan kerana
mampu untuk disebarluas dalam masa yang singkat.
Seterusnya,
pengiklanan dalam majalah yang disasarkan kepada kanak-kanak turut diperlukan.
Majalah Upin Ipin, Anis dan lain-lain adalah mempunyai target market yang sama dengan MyDoa. Bagi memastikan kos operasi dapat
dminimakan sebanyak mungkin, MoU sebagai rakan strategik akan ditandatangani dengan
pihak ini. Dengan itu, majalah-majalah tersebut akan menyediakan ruangan untuk
publisiti MyDoa dan dalam masa yang sama logo mereka akan dipaparkan pada skrin
permulaan aplikasi MyDoa.
Bagi
pengembangan perniagaan, penjualan perbagai merchandise
yang mempunyai logo MyDoa serta karekter Hadi dan Huda akan diusahakan. Selain
usaha untuk menambahkan keuntungan perniagaan, ia dilihat sebagai satu cara
publisiti bagi memastikan MyDoa akan kekal relevan dan berdaya saing.
Kajian Pasaran dan Saingan
Sebelum
idea aplikasi MyDoa ini diketengahkan, kami telah mengkaji pasaran serta
membuat analisis mengenai peluang dan ruang yang mungkin bagi merealisasikan
MyDoa. Hasil dari analisis tersebut, kami mendapati terdapat beberapa aplikasi
mobile bagi bacaan doa. Walaubagaimanapun, ia hanya himpunan doa dan tanpa
bacaan asas solat. Manakala persembahannya adalah dalam bentuk statik,
konvensional, tiada grafik, tiada audio bacaan dan semestinya tanpa penggunaan
teknologi Hologram. Aplikasi-aplikasi tersebut lebih disasarkan kepada golongan
dewasa yang telah mampu membaca Al-Quran.
Dengan
menetapkan kanak-kanak sebagai target
market, kami perlu memastikan MyDoa menarik, berwarna warni, mempunyai
grafik dan audio. Seperti makluman semua, kanak-kanak pada peringkat usia awal
sangat mudah untuk mengingati apa yang mereka lihat dan dengar. Sehubungan itu,
selain dari memaksimakan manfaat kepada kanak-kanak – teknologi hologram akan
memberikan kelainan kepada MyDoa berbanding aplikasi-aplikasi yang telah wujud
dalam pasaran.
Bagi
memastikan pembangunan MyDoa berjalan lancar dan mengikut perancangan, kami
akan mempunyai tenaga kepakaran yang mencukupi bagi setiap proses yang
diperlukan. Untuk setiap proses pembangunan, selain dari memenuhi kriteria dan
keperluan yang digariskan, kakitangan diminta untuk memberi cadangan untuk
menambahbaik kandungan dan penampilan MyDoa.
Model Bisnes
- . Segmen pelanggan
Aplikasi
MyDoa disasarkan kepada kanak-kanak beragama Islam yang berusia 2 hingga 7 tahun
- . Nilai produk
Aplikasi
pembelajaran doa harian dan bacaan asas solat berpaparan grafik 3D dan beraudio
- . Saluran
Pengguna
Android boleh memuaturun (download) dari PlayStore manakala pengguna IOS memuaturun
dari App Store
- . Hubungan pelanggan
Untuk
sebarang maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.facebook.com/MyDoa dan www.instagram.com/MyDoa
- . Revenue
Kos
langganan MyDoa untuk setahun ialah RM350. Selain itu, syarikat merancang untuk memasarkan merchandise yang berlogo
MyDoa dan karekter Hadi dan Huda
- . Rakan perniagaan
Bagi
memula dan mengembangkan perniagaan aplikasi MyDoa ni, syarikat mendapat
bantuan geran ICON 3 dari MDeC. Sehubungan
itu, Program Pembangunan Kandungan
Bersepadu (ICON) dilihat menjadi pemangkin untuk tujuan ini. Bagi tujuan
publisiti pula, MoU sebagai rakan strategik telah ditandatangani dengan Majalah
Upin Ipin dan Majalah Anis.
- . Kegiatan utama
Membangunkan
aplikasi pendidikan kepada kanak-kanak pada peringkat awal usia. (early age)
- . Sumber daya utama
Pejabat
syarikat, komputer, kelengkapan dan peralatan ICT serta tenaga kepakaran untuk membangunkan aplikasi MyDoa ini.
- . Struktur kos
Anggaran
keseluruhan kos yang diperlukan untuk membangunkan aplikasi MyDoa ini untuk keseluruhan peringkat (research, coding, prototyping, testing, Beta release)
ialah berjumlah RM300,000