KEUSAHAWANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (UCSD2762)
TUGASAN INDIVIDU
Contoh Bisnes Plan (Penternakan Lembu)
PENSYARAH
: EN. NOR HASHIM BIN ABU SAMAH
PELAJAR : SHAHRUL ANWA
BIN ABD WAHAB
(SX120301CSRS04)
Disediakan oleh:
Mohamad Jamil bin Mahidin
017-3343800
Dan
Siti Fatonah binti Arbain
012-3343800
MJ Fatonah Enterprise (001568682-P)
No. 17, Lot 3384, Jln Tembusu,
Kampung Melayu Subang,
40150, Shah Alam Selangor.
Index
• Surat Rasmi Permohonan Pengusaha
• Gambar Sekitar Ladang MJ Fatonah Enterprise
• Surat-surat Sokongan
• Pengenalan Syarikat
• Profil Syarikat
• Rancangan Pentadbiran
• Rancangan Operasi
• Lakaran Pelan Tapak / Geran tanah
• Modal Permulaan
• Senarai Kursus Yang Dihadiri
• Ringkasan Perancangan Syarikat
• Unjuran Aliran Kewangan 5 Tahunan
• Unjuran Penyata Pendapatan 5 Tahunan
• Aliran Kewangan (2006 hingga 2011)
• Lampiran: Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
• Lampiran: Salinan Sijil-Sijil Akademik Pengusaha
• Lampiran: Salinan Sijil-Sijil Kursus
Surat
Rasmi Permohonan
Pengenalan
MJ Fatonah Enterprise adalah sebuah syarikat
penternakan bumiputera yang menjalankan projek perternakan lembu fidlot secara
komersial. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise mendapat didikan, nasihat dan tunjuk
ajar dari Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani melalui program-program
latihannya. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise juga mendapat perhatian HS Nada Sdn
Bhd dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal.
Operasi Syarikat:
1.
Menternak lembu fidlot secara komersial.
2. Pemasaran tertumpu kepada jualan hidup
untuk tujuan korban, aqiqah dan kenduri.
3. Penjualan tinja ternakan (tanpa campuran)
kepada pembeli runcit.
Perancangan Masa Depan Syarikat:
1. Penternakan intergrasi juga akan dijalankan jika mendapat
kerjasama dengan pemilik ladang-ladang sawit berhampiran.
2.
Menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani , pasar
malam dan peruncit
3.
Memproses tinja ternakan menjadi baja. Membungkus, melabel dan
memasarkannya ke tapak-tapak nurseri, pembeli runcit dan syarikat-syarikat
lanskap.
4. Menyediakan masakan daging berbagai resepi untuk pembelian
ternakan dari ladang.
5. Menyediakan rumah sembelihan sendiri yang diiktiraf oleh Jabatan
Agama Islam Negeri.
6.
Mendapat pengiktirafan halal oleh badan-badan kerajaan yang
bertanggungjawab.
7.
Menjalankan pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget,
bebola daging dan sebagainya.
8.
Melebarkan sayap pasaran ke pasaraya besar.
Trend Pasaran:
Bekalan daging tempatan masih ditahap yang
amat rendah, iaitu 18% dari keperluan daging seluruhnya. MJ Fatonah Enterprise
merancang untuk menjadi penternak berjaya di Malaysia dan menambah peratusan
bekalan daging segar tempatan. Harapan MJ Fatonah Enterprise untuk membantu
saudara-saudara Islam mendapatkan daging yang halal, berkualiti dan bebas dari
sebarang penyakit. Memaksimakan pengeluaran ternakan dari jualan hidup, daging
segar, hasilan daging dan juga tinjanya.
Analisis SWOT:
1.
Kekuatan:
1.
Permintaan yang tinggi ke atas daging segar tempatan
2.
Pelanggan kini meragui jaminan halal daging impot
3.
Mengusaha penternakan lembu secara fidlot
4.
Pengusaha MJ Fatonah Enterprise telah mengikuti Program Latihan
/ Kursus-kursus berkaitan anjuran Masyarakat Perdagangan Dan Peindustrian
Bumiputera (MPPB) di bawah MoA Inc.
5.
Pengusaha MJ Fatonah Enterprise memiliki lesen/tauliah
sembelihan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
6.
Pengusaha sentiasa mendapatkan tunjuk ajar dari syarikat mentor
kami, HS Nada Sdn Bhd.
2.
Kelemahan:
1.
Kekurangan dana untuk meneruskan dan mengembangkan projek.
3.
Peluang:
1.
Mendapat bimbingan berterusan dari MPPB dan HS Nada Sdn Bhd.
4.
Ancaman:
1.
Persaingan dengan daging impot yang dijual terlalu murah
Profil Syarikat
Nama Syarikat:
|
MJ Fatonah
Enterprise
|
||||||||
Alamat Pejabat:
|
No.17, Lot 3384,
Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
|
||||||||
Alamat Ladang:
|
Lot 1449, Kampung
Teluk Penyamun, 45600, Batang Berjuntai, Selangor.
|
||||||||
Bentuk Perniagaan:
|
Penternakan Lembu
Secara Fidlot.
|
||||||||
Tarikh Syarikat
didaftarkan:
|
18hb Ogos 2005
|
||||||||
Tarikh Mula Operasi:
|
Februari 2006
|
||||||||
No Pendaftaran
Syarikat:
|
001568682-P
|
||||||||
Modal Permulaan:
|
RM370,000.00
|
||||||||
Maklumat Bank:
|
|
||||||||
Latarbelakang
Pengusaha:
|
Terdiri dari dua (2)
orang pemegang saham, 60% + 40%.
|
||||||||
1. Nama:
|
Mohamad Jamil bin
Mahidin ( 60% )
|
||||||||
No. K/P:
|
680902-08-6063
|
||||||||
No. Tel:
|
017-3343800
|
||||||||
Alamat:
|
No.17, Lot 3384,
Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
|
||||||||
Kelulusan:
|
|
||||||||
Pengalaman:
|
Berkhidmat dengan
Matsushita Ind. Corp (MAICO) selama 14 tahun (dari juruteknik sehingga
eksekutif).
|
||||||||
2. Nama:
|
Siti Fatonah binti
Arbain ( 40% )
|
||||||||
No. K/P:
|
691222-10-5090
|
||||||||
No. Tel:
|
012-3343800
|
||||||||
Alamat:
|
No.17, Lot 3384,
Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
|
||||||||
Kelulusan:
|
|
||||||||
Pengalaman:
|
Berkhidmat dengan
SME Aerospace Sdn Bhd) selama 10 tahun (dari penyelia sehingga eksekutif).
|
Rancangan Pentadbiran
Bidang Tugas Jabatan
1. Jabatan Jualan
Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu
oleh tiga (3) orang pekerja jualan. Pekerja jualan mahir dalam keratan / bahagian-bahagian
daging dan mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2 dan D.
Tugas-tugas Jabatan Jualan ialah:
1.
Memasarkan produk terus kepada pelanggan (jualan hidup, daging
segar atau
dimasak
2.
Memastikan kualiti dan kebersihan produk
3.
Membuat promosi dan pengiklanan produk
4.
Mengenalpasti terminal jualan yang berpontensi dan berdaya maju
5.
Perancangan pengembangan pasaran
6.
Mendapat maklum balas pelanggan ke atas mutu produk syarikat
7.
Memastikan penghantaran dibuat tepat pada waktunya
2. Jabatan Pentadbiran
Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu
oleh seorang kerani. Kerani ini mahir mengendalikan komputer, mempunyai sistem
fail syarikat yang teratur dan juga bijak berinteraksi dengan pelanggan /
pembekal.
Tugas-tugas Jabatan Pentadbiran ialah:
1.
Menguruskan kewangan syarikat
2.
Memastikan pentadbiran syarikat dan kakitangan berjalan lancar
3.
Menguruskan kebajikan pekerja (latihan, perubatan, elaun dan
lain-lain)
3. Jabatan
Operasi / Ladang
Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja ladang. Pekerja mahir dengan sifat-sifat ternakan dan arif mengenalpasti / mengendalikan ternakan yang sakit. Juga memiliki sijil sembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
Tugas-tugas Jabatan Ladang ialah:
Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja ladang. Pekerja mahir dengan sifat-sifat ternakan dan arif mengenalpasti / mengendalikan ternakan yang sakit. Juga memiliki sijil sembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
Tugas-tugas Jabatan Ladang ialah:
1.
Memastikan ternakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.
2.
Mendapatkan bekalan ternakan yang bermutu
3.
Memastikan bekalan makanan ternakan sentiasa mencukupi
4.
Memastikan ternakan yang cukup untuk permintaan jualan
5.
Menguruskan penyembelihan ternakan
6.
Menguruskan pemprosesan baja dari najis ternakan
7.
Memastikan padang ragut sentiasa mampu membekalkan rumput yang
secukupnya untuk ternakan setiap masa.
Nota:
Buat masa ini, pentadbiran syarikat dijalankan oleh pengusaha sendiri sebagai Pengurus Jualan / Pentadbiran / Operasi, seorang penyelia ladang dan 2 orang pekerja am.
Buat masa ini, pentadbiran syarikat dijalankan oleh pengusaha sendiri sebagai Pengurus Jualan / Pentadbiran / Operasi, seorang penyelia ladang dan 2 orang pekerja am.
Rancangan
Operasi
1. Carta Aliran Proses
Ternakan Masuk
1.
Ternakan di tag sebagai pengenalan dan direkodkan beratnya.
2.
Pemeriksaan visual
dibuat untuk memastikan tiada kecederaan atau kecacatan pada ternakan yang
diterima.
Ternakan
di kandang
1.
Ternakan dimasukkan ke kandang mengikut purata berat dan jantina
2.
Ternakan diberi makan dan minum yang secukupnya
Jualan
1.
Jualan Hidup – Untuk tujuan aqiqah, qurban dan lain-lain.
2.
Jualan Karkas – Untuk pasar-pasar, kedai runcit dan pemborong.
3.
Jualan Masakan – Untuk permintaan kenduri-kendara
4.
Jualan Baja Organik –Memasarkan ke kedai-kedai bunga/nursery
5.
2. Perancangan Pengeluaran Produk
Produk
MJ Fatonah Enterprise terbahagi kepada 4 kategori:
a.Jualan
Hidup
Jualan ini dibuat untuk tujuan aqiqah, qurban, kenduri atau tujuan-tujuan majlis. Pelanggan boleh memilih untuk ternakan hidup ataupun siap disembelih. Penghantaran percuma sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Caj sembelih yang minimum dikenakan.
b. Jualan Karkas / Daging Segar
Pasaran daging segar dijalankan di Pasar-pasar Tani, Pasar malam, kedai runcit dan pemborong yang membeli terus dari ladang. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menembusi pasaran pasaraya-pasaraya besar
c. Jualan Masakan
MJ Fatonah Enterprise menyediakan berbagai jenis masakan traditional Melayu untuk tujuan kenduri. Caj masakan ini bergantung kepada jenis masakan yang dipilih. Antara jenis masakan yang disediakan ialah masak rendang, masak kari, masak kicap, masak merah, B-B-Q dan lain-lain.
d. Baja Organik (Dari Tinja Ternakan)
Tinja ternakan diproses menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Baja ini akan dibungkus dengan jenama MJ Fatonah Enterprise dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak-tapak semaian.
Nota:
Buat masa ini, pengeluaran syarikat ditumpukan kepada penjualan hidup. Dengan tambahan dana yang dipohon, kami harap dapat meningkatkan jualan hidup dan daging segar serta meneruskan perancangan untuk jualan masakan, jualan baja dan hasilan daging.
3. Mesin Dan Peralatan
Setiap jabatan mempunyai keperluan mesin dan peralatan sendiri:
a. Jabatan Jualan
Jualan ini dibuat untuk tujuan aqiqah, qurban, kenduri atau tujuan-tujuan majlis. Pelanggan boleh memilih untuk ternakan hidup ataupun siap disembelih. Penghantaran percuma sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Caj sembelih yang minimum dikenakan.
b. Jualan Karkas / Daging Segar
Pasaran daging segar dijalankan di Pasar-pasar Tani, Pasar malam, kedai runcit dan pemborong yang membeli terus dari ladang. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menembusi pasaran pasaraya-pasaraya besar
c. Jualan Masakan
MJ Fatonah Enterprise menyediakan berbagai jenis masakan traditional Melayu untuk tujuan kenduri. Caj masakan ini bergantung kepada jenis masakan yang dipilih. Antara jenis masakan yang disediakan ialah masak rendang, masak kari, masak kicap, masak merah, B-B-Q dan lain-lain.
d. Baja Organik (Dari Tinja Ternakan)
Tinja ternakan diproses menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Baja ini akan dibungkus dengan jenama MJ Fatonah Enterprise dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak-tapak semaian.
Nota:
Buat masa ini, pengeluaran syarikat ditumpukan kepada penjualan hidup. Dengan tambahan dana yang dipohon, kami harap dapat meningkatkan jualan hidup dan daging segar serta meneruskan perancangan untuk jualan masakan, jualan baja dan hasilan daging.
3. Mesin Dan Peralatan
Setiap jabatan mempunyai keperluan mesin dan peralatan sendiri:
a. Jabatan Jualan
1.
Bilik Dingin Beku – Untuk menyimpan daging sebelum dihantar ke
pasar atau kepada pelanggan.
2.
Pisau-pisau dan pengasah – pisau berkualiti tinggi berbagai saiz
bergantung kepada keperluan.
3.
Peralatan pasar - Lampu, generator, kerusi, meja, payung dan
mesin timbang untuk jualan di pasar.
b. Jabatan Ladang
1. Pam Air – untuk mengepam air dari sumber air untuk mencuci
kandang, membersihkan ternakan dan minuman ternakan.
2.
Mesin Penghancur Makanan – Menghancurkan rumput / lalang untuk
dicampurkan dengan pelet.
3.
Mesin rumput – Untuk memotong rumput dari padang ragut.
4.
Mesin Pengering Najis – Untuk mengeringkan najis ternakan
sebelum dihancurkan dan dibungkus sebagai baja organik.
5.
Forklift – Mengangkut makanan ternakan dari stor simpanan ke
takungan makanan.
6.
Kereta tolak – Sebagai alternatif kepada forklift
7.
Peralatan kandang – peralatan seperti cangkul, penyodok tanah,
pencakar dan sebagainya.
8.
Peralatan rumah sembelih – Seperti pisau sembelih, pisau
melapah, mesin pemotong karkas, apron dan kasut.
c. Jabatan Pentadbiran
1.
Komputer – 3 buah komputer untuk kegunaan pengurus dan kerani.
2.
Mesin Cetak – Printer, scanner dan mesin fotokopi.
3.
Telefon – 3 buah telefon untuk kegunaan pengurus dan kerani
4.
Mesin Fax – Sebuah mesin fax bagi kemudahan pesanan dan
penerimaan.
5.
Perabot Pejabat
1.
3 set meja dan kerusi untuk pengurus dan kerani.
2.
3 meja komputer
3.
1 set meja mesyuarat
4.
1 set sofa di ruang menunggu
Nota:
Buat masa ini, jabatan ladang memiliki tiga
(3) buah mesin memotong rumput, sebuah mesin menghancur makanan (chopping
machine), pam air dan peralatan ladang. Jabatan pentadbiran memiliki sebuah
laptop, sebuah printer, telefon bimbit dan sebuah mesin fax. Tambahan modal
juga diperlukan bagi menambah bilangan komputer dan perabot pejabat.
Modal Permulaan
1. Jumlah Modal Permulaan
a. Kos Pembangunan : RM 239,305.00
b. Pinjaman MARA : RM 433,680.00
Jumlah kos : RM 672,985.00
2. Kos Pembangunan :
No
|
Nama
|
Bilangan
|
Kos Seunit (RM)
|
Jumlah (RM)
|
Jumlah Terkumpul (RM)
|
1
|
Pemilikan tanah
|
1
|
87,000.00
|
87,000.00
|
87,000.00
|
2
|
Pembinaan kandang
|
12
|
Lump Sum
|
100,000.00
|
187,000.00
|
3
|
Wiring/lampu/plug point
|
Lump Sum
|
2,800.00
|
189,000.00
|
|
4
|
Rumah pekerja / stor
|
Lump Sum
|
10,000.00
|
199,800.00
|
|
5
|
Mesin penghancur rumput
|
1
|
5,500.00
|
5,500.00
|
205,300.00
|
6
|
Mesin pemotong rumput
|
3
|
Lump sum
|
2,500.00
|
207,800.00
|
7
|
Kenderaan (Ranger/lori)
|
11 bulan
|
Lump sum
|
31,505.00
|
239,305.00
|
Jumlah
kos pembangunan
|
239,305.00
|
3. Kos Operasi (Jan 2006 hingga Nov 2006)
No
|
Nama
|
Bilangan
|
Kos Seunit (RM)
|
Jumlah (RM)
|
Jumlah Terkumpul (RM)
|
1
|
Pembelian baka KK
|
165 ekor
|
Lump sum
|
219,200.00
|
219,200.00
|
2
|
Pembelian baka Brahman
|
50 ekor
|
1400.00
|
70,000.00
|
289,200.00
|
3
|
Bahan Makanan PKC/PKE
|
152,250kg
|
0.38
|
57,855.00
|
347,055.00
|
4
|
Kos pelbagai
|
11 bulan
|
1,500.00
|
16,500.00
|
363,555.00
|
5
|
Utiliti
|
11 bulan
|
Lump sum
|
5,000.00
|
368,555.00
|
6
|
Gaji pekerja
|
11 bulan
|
Lump sum
|
49,500.00
|
418,055.00
|
7
|
Bayaran balik Pinjaman MARA
|
5 bulan
|
15,625.00
|
31,505.00
|
433,680.00
|
Jumlah
Kos Operasi (11bulan Pertama)
|
433,680.00
|
3. Pinjaman dari Bank
Kami memerlukan bantuan kewangan daripada bank untuk menampung kekurangan dana sebanyak RM250,000.00 (seperti di dalam lampiran Aliran Tunai..Nov 2006). Permulaan modal sebanyak RM370,000.00 adalah dari wang simpanan kami.
Senarai Kursus-Kursus Yang Dihadiri
No
|
Kursus
|
Anjuran
|
Tarikh
|
Peserta
|
1
|
Latihan Sangkut Ternakan Lembu
Pedaging
|
MPPB
|
29/06/05 – 03/07/05
|
Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin |
2
|
Program Perakaunan Berkomputer
|
MPPB
|
05/07/05 – 08/07/05
|
Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin |
3
|
Kursus Pembangunan Usahawan Modul
Asas
|
MPPB
|
19/07/05 – 22/07/05
|
Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin |
4
|
Kursus Penyembelihan Halal
|
MPPB
|
25/07/05 – 28/07/05
|
Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin |
5
|
Kolokium Pertanian Suatu
Perniagaan
|
MPPB
|
16/02/06 – 18/02/06
|
Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin |
6
|
Seminar AgroPAC2
|
UPM
|
25/02/06 – 26/02/06
|
Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin |
7
|
Kursus Pemasaran Strategik
|
MARA
|
05/03/06 – 09/03/06
|
Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin |
Gambar
Sekitar Ladang MJ Fatonah Enterprise
1. Peringkat Kerja tanah
2.Peringkat
Pembinaan Kandang
3.
Pembinaan Kandang Siap Dan Kemasukan Lembu
1. 4. Kemudahan Asas dan Peralatan Ladang
4.
Permohonan
Dana IKS Majlis Amanah Rakyat (MARA)
5. Stok Ternakan pada
20hb Apr 2006
No
|
Jenis
|
Umur
|
Jantina
|
Bil (Ekor
|
Catatan
|
1
|
Brahman Kacukan KK
|
1½ tahun
|
Jantan
|
30
|
Bekalan Untuk Hari Raya Korban 2006 |
2
|
Brahman
|
3 Tahun
|
Jantan
|
1
|
Diternak Untuk Baka
|
3
|
Brahman Kacukan KK
|
2 bulan
|
Jantan
|
1
|
Anak
|
4
|
Brahman Kacukan KK
|
1 tahun (1)
|
Jantan
|
1
|
Anak
|
5
|
Brahman Kacukan KK
|
1 tahun (26) 2 tahun (6) |
Jantan
|
32
|
Diternak Untuk Pembiakan |
Jumlah bilangan Lembu terkini
|
65 Ekor
|
Lakaran Laluan Ke Ladang MJ Fatonah Enterprise